Bayi Diselamatkan Air Sejuk!
Nyawa bayi Anna Whitwell bagai telur di hujung tanduk ketika dilahirkan. -Foto http://www.newsoftheworld.co.uk

ANNA Whitwell ialah seorang yang bayi ajaib yang tahan sejuk.

Semasa dilahirkan, budak kecil itu hampir menemui ajal selepas otaknya kekurangan oksigen.

Whitwell yang dilahirkan dua minggu lebih awal di Hospital Royal Hampshire County di Winchester mengalami pranatal asfiksia – kekurangan oksigen yang berpunca daripada bekalan darah yang terputus daripada ibunya.

Denyutan nadi begitu lemah sehingga para jururawat tidak dapat merasainya pada permulaannya.

Para doktor berasakan peluangnya untuk hidup agak tipis. Sekiranya bayi itu hidup, dia akan mengalami kecederaan otak.

Pun begitu, mereka mempertaruhkan satu-satunya rawatan baru di Hospital Princess Anne, Southampton untuk menyelamatkan bayi itu.

Rawatan itu adalah teknik penyejukan yang mampu mengurangkan kecederaan otak ekoran kekurangan oksigen.

Memandangkan rawatan jenis ini hanya berkesan dalam tempoh enam jam pertama selepas kelahiran, Whitwell dikejarkan sejauh 19 kilometer ke hospital tersebut. Mula-mula bayi yang menghadapi keadaan itu dibedung dengan plastik dan diletakkan dalam bergelen-gelen air sejuk selama tiga hari.

SAAT GEMBIRA… Bayi Anna bersama dengan ibu bapanya David dan Natalie.

Ini bertujuan untuk mengurangkan tahap metabolismenya sehingga ke peringkat hipotermia – keadaan suhu badan adalah 3.35-3.50 darjah celsius bawah suhu badan yang normal.

Whitwell dibantu alat sokongan hayat dan diberikan morfin serta darah. Akhirnya, suhu badannya ditingkatkan secara beransur-ansur.

Mujurlah bayi itu menunjukkan reaksi kepada rawatan yang diberikan.

Bayi itu kini mendapat belaian kasih sayang di rumah bersama ibu bapanya Natalie, 31, dan David, 44.

David menyifatkan anaknya yang umpama “mati dihidupkan semula” sebagai suatu keajaiban.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s