Sekolah akan buka, ibubapa mula urut dahi

Artikel
Minggu depan maka berakhirlah cuti panjang persekolahan. Masa bersuka ria bagi pelajar sudah tamat, tak ada lagi bangun lewat pagi setiap hari. Sedikit resah bila terlintas difikiran belum cukup puas tidur.

Ibu bapa dah mula angkat urat dahi, inilah masa untuk berbelanja keperluan sekolah anak anak, agak pening juga laaa nak fikirkan semuanya. Kalau ada seorang anak boleh dikatakan ok lagi tapi bila dah cecah 3 – 4 orang …adusss letih nak fikir.

Barangan keperluan anak untuk persekolahan makin hari makin meningkat, seandainya punya 2 orang anak yg seorang bersekolah rendah dan seorang lagi memasuki tadika, bajet sebelum membeli belah dianggarkan bawah RM200.00, tapi bila masuk ke hypermarket dah kurang berfikir panjang sebab nampak harga agak murah, sepasang kasut cuma RM21.00 sepasang. Ukur saiz kemudian campak dalam troli, begitu juga barangan keperluan lain, nampak harga murah campak dalam troli.

Hakikatnya kita tak sedar yang mana keperluan dan yang mana kemahuan. Sampai dikaunter pembayaran jumlah perlu dibayar..alamak RM300 lebih, “macam tak caya’ cuba cek balik resit tuu” “ha ah betul laa harga ni”..”alamak bajet dah lari” “minggu depan yuran sekolah lagi..adussssss”

Inilah sering berlaku dalam kehidupan kita seharian, berbelanja tanpa berfikir walhal kita dah lupa nilai matawang sekarang dah meningkat. Jangan anggap nilai RM5.00 itu tidak mahal. Biasanya kita akan kata..alahh 5 ringgit jee..rokok 8 ringgit boleh beli…ambil jeee..sedangkan kita tak tahu adakah itu keperluan atau kemahuan.

Yuran sekolah 2010 bagi sek. ren RM24.50 dan sek. men. RM33.50.Ini yuran belum termasuk lagi buku-buku latihan dan lain lain caj yang pihak sekolah kenakan. Tahun 2008 Perdana Menteri umumkan yuran sekolah dihapuskan. Memang yuran sekolah dihapuskan tapi kita kenna ingat bukan yuran sekolah yang dihapuskan CUMA istilah yuran sekolah saja yg dihapuskan dan diganti dengan istilah lain seperti “Bayaran Tambahan”
Bayaran tambahan bila dicampur dengan lain-lain bayaran.Cuba kita kira:
Kementerian Pelajaran kenakan bayaran tambahan lagi

Pakej Sekolah Rendah Sekolah Menengah
Pakej A RM38.50 RM55.50
Pakej B RM30.50 RM44.50
Pakej C RM23.50 RM33.50

Pakej di atas tidak termasuk yuran-yuran lain seperti yuran PIBG, Yuran Komputer, Yuran Ko-kurikulum, Yuran Kertas Ujian………Contoh yuran sebuah Sek.Keb di Kuala Lumpur
Sumbangan PIBG RM17.00
Kertas Peperiksaan RM10.00
MSSD/MSSM RM2.00
Kegiatan Agama RM3.00
sukan Tahunan RM3.00

Belum termasuk Yuran SPM/SRP/PMR..cuba kita kira untuk seorang anak dah hampir mencecah seratus ringgit. Bagaimana pula kalau yang mempunyai lebih dari seorang anak.

Nilainya nampak kecil tapi cuba kita bayangkan kalau terlalu boros apakah kesannya. Berbelanja dengan bijak sambil fikirkan masa hadapan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s