Bumi al Azhar Sudah Jadi Bumi Piramid

Luar Negara Mesir sekali lagi menunjukkan sikap yang tidak manusiawi menerusi soal komitmen Kerajaan Hosni Mubarak terhadap perjanjian klasik, Camp David. ‎Sangat menghairankan apabila Mesir sanggup membina tembok keluli di perbatasan antara Rafah dan Ghazah bagi melindungi keamanan rakyatnya. ‎

Pembinaan tembok keluli diberitakan adalah bertujuan untuk mencegah warga Ghazah dan beberapa penduduk simpatisan dari Mesir menggali terowong yang kerap digunakan untuk menuntut kelangsungan hidup seperti menyalurkan makanan dan bahan bakar yang dibawa masuk dari wilayah Mesir ke Palestin.

Jika Kerajaan Mubarak dari awal lagi telah membuka pintu seluas-luasnya antara hubungan ekonomi Mesir dan warga Ghazah, tentulah tiada siapa yang terpaksa menggali terowong demi memenuhi keperluan saudara-saudara Islam kita di Palestin. Apalah celakanya Kerajaan Mubarak ini yang begitu taat dengan Israel sejak termetrainya perjanjian Camp David, sedangkan perjanjian damai termasuk Sulh Geneva mahupun Arab Saudi yang telah belangsung mengharapkan komunikasi yang baik antara Palestin dan Israel, sampai sekarang tidak ditepati oleh rejim Yahudi itu.

Ghazah sudah teruk dibelasah oleh Rejim Israel dan kini Mesir menambahkan lagi penderitaan mereka lagi. Sepatutnya warga Ghazah dibela oleh Kerajaan Mubarak kerana penduduk Ghazah berada di posisi paling depan membela, mempertahankan wilayah Mesir dari tindakan kolonial Israel. Mesir memerlukan dokongan negara-‎negara tetangga berbangsa Arab terutamanya Palestin, bukannya Israel. Bukankah Israel pernah menjajah Semenanjung Sinai di Mesir? Maka, yang mengancam keamanan Mesir itu adalah Israel, bukannya rakyat Ghazah.

Selepas ini apa pula, adakah Kerajaan Mubarak akan menghantar pulang pelajar-pelajar al Azhar dari Palestin untuk kembali ke negara asal mereka? Seharusnya Kerajaan Mubarak bersikap adil dengan memberikan istilah yang sesuai kepada penderitaan warga Ghazah dan tidak menciptakan musuh yang belum jelas permusuhannya. Adakah Kerajaan Mubarak akan merasa aman dengan melupakan musuh yang sebenarnya iaitu Israel? Yang jelas Rasulullah salallahualaihi wasalam meminta kepada umat Islam membantu saudara, apatah lagi jika dia saudara seagama – bukannya membina tembok, membiarkan saudara-saudara kita sengsara dan kelaparan.

Manakala Dr.Yusuf al Qardhawi telah memfatwakan bahawa tembok keluli yang membataskan antara Mesir dan Ghazah adalah HARAM! Perbuatan menghukum warga Ghazah dengan berdirinya tembok tersebut adalah jenayah, jenayah saudara antara saudara seaqidahnnya. Fatwa Dr.Yusuf al Qardhawi ini juga selari dengan majoriti kenyataan ulama’ dari Universiti al Azhar antaranya, Dr. Abdul Hayy al Farmawi, Dr.Tola’at Muhammad Afifi, Dr.Muhammad Imarah yang sedang hangat dengan kontroversi bukunya ‘Taqrir Ilmi’, Sheikh Saed Askar dan ramai lagi termasuk tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin mempersoalkan kebenaran bahawa lobi-lobi Zionis Yahudi dan Amerika telah menguasai kerajaan Mesir yang dipimpin Mubarak.

Sementara Pemimpin HizbuLlah, Sayed Hassan NasraLlah menggesa Mesir menghentikan pembinaan pagar keluli sepanjang sempadannya dengan Ghazah. Seluruh masyarakat Mesir termasuk kita akan dihadapkan di Mahkamah Allah tentang apa yang telah dilakukan terhadap warga Ghazah Palestin. Oleh itu, cadangan saya – kepada warga-warga al Azhar Melayu khususnya, diminta mengenakan button badges Palestin atau memakai ‘syal’ Palestin di musim Syita’ ini untuk menunjukkan kita bersama Ikhwan, menentang perbuatan rejim Mubarak terhadap Ghazah, Palestin. Jangan dilupa juga solat hajat kita bukan sekadar memohon kejayaan peribadi, tetapi untuk seluruh umat Islam.

Ya Allah, jatuhkan rejim Mubarak dan angkatlah Ikhwanul Muslimin memegang tampuk pemerintahan di Mesir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s