Ke mana menghilang?
Aduan @ Luahan
Pada 1 januari 2010 yang lepas, jatuhnya pada hari jumaat, saya berkesempatan lagi oleh Allah SWT untuk menunaikan solat jumaat di Masjid Universiti Malaysia Sabah(UMS). Ini bertepatan dengan firman Allah :-

Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum’at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Al-Jum’ah ayat 9)

Solat jumaat merupakan ibadat yang diwajibkan oleh Allah SWT bukan sahaja semata-mata ibadat, tetapi mengandungi pelbagai hikmah. Antara hikmahnya ialah, imarahnya sesebuah masjid. Terkadang kita terfikir juga, ke mana menghilang jemaah yang ramai pada solat jumaat, tetapi menghilang pada solat fardhu? Sekadar persoalan biasa yang kita dengar.

Solat jumaat pada tahun baru di masjid UMS agak janggal. Tarikh tamat tempoh cuti pada 28 haribulan, sudah pasti pada 30 haribulan, sekurang-kurangnya, 5 ke 6 ribu pelajar sudah mendaftar masuk. Namun, apabila berkujung ke masjid, kemana pergi pelajar yang ramai tadi?

Jam sudah menunjukkan pukul 12.15 tengah hari. Namun separuh saf belum cukup. Azan kedua berkumandang, saya duduk menanti khutbah dan bersangka baik bahawa, mungkin mereka cuti agaknya hari ini. Maklumlah, tahun baru ba!

Tetapi kita harus ingat, maha Pencipta Al-Khaliq, tidak pernah tidur untuk memerhati hamba-hambanya yang bertaqwa. Firmannya :-

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Al Baqarah ayat 255)

Terfikir seketika, semasa berkunjung di Tanjung Lipat menjadi ibrah kepada saya betapa excited nya kita menyambut tahun baru. Rata-ratanya saya lihat orang Melayu yang mungkin beragama ISLAM. Alangkah bertuahnya, jikalau manusia selautan itu berasak-asak untuk datang ke masjid semasa solat jumaat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s