Isu sebat: Jawapan untuk Tun Mahathir
PDT by AbuJihad

Oleh:Ustaz  Zaharuddin Abd  Rahman

MahadiaqPENDAPAT: Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, berkata di dalam blognya: “Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum          arak?” Beliau kemudiannya berkata:

“Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; “Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama? Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila         hukuman     ini      dijatuhkan.

Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya.

Arak   dan   statistic       keburukkannya

Sebelum saya menghuraikan secara ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak       individu.

Menurut statistik rasmi di United Kingdom, ‘Alcohol-related crime’ adalah seperti      berikut :-

* Hampir 45 – 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya      di      bawah          pengaruh    alcohol        (arak).

* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.

* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alkohol (arak)

* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk. (Source:         British Crime         Survey           2007/08)

Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke  750,000     akibat         arak.(sumber)

Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak       sekurang-kurangnya       sekali seminggu.

Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada          kesihatan.

Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak.(rujuk)

Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda     sejak sepuluh       tahun          lepas.

Secara purata rakyat Britain ‘menelan’ arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak �peminum     arak’ sebelum      ini.

Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu �TIDAK BERTANGUNGJAWAB’ sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan �kawalan diri’?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa,  agama    tertentu      dan   hak   syarikat?.

Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dan lain-lain Negara      aktif  arak.

Hukuman     minum        arak  dalam         Islam

Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w: “Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud          :       Ibn    HIbban        :        Sohih )”

Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang   lain.

Firman         Allah   swt   :
“Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan”     (Al-Baqarah :       219)

Lagi    Allah  menegaskan :
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)

Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.

Kerana itu nabi menyebut: “Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan       :Albani;          Silsilah          Ahadith       As-Sohihah, 1854)”

Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.

Hukuman     sebat bagi   peminum    arak

Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawapannya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya:

1. Hadis Nabi:”Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi,      sebatlah      mereka       (Riwayat          Abu   Daud).”

2. Hadis Nabi: “Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat         Muslim)

3. Hadis Nabi “Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali.” (Riwayat Muslim)

4. Hadis Nabi: “Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata: Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata: Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf), maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat          Muslim        dan   Abu   Daud)

5.   Athar     sahabat

“Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim )

6. Hadis Nabi “Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu (Al-Bayhaqi) Jika dikatakan, itu semua dari hadis, maka apakah pula dalil al-Quran yang menyuruh?   Jawabnya   adalah:

“Kami turunkan kepadamu Al Qur’an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.”      (An-Nahl     :       44)

Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.

Perbezaan    tafsiran       ulama

Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :

1.Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman          hudud          atau  hanya         ta’zir.

Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.

Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta’zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.

Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta’zir kerana wujud pelbagai dalil yang      menunjukkan:

a)Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta’zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim menentukan jumlahnya.

b)Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman ini adalah ta’zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta’zir tidak boleh melebihi hudud.

c)Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar. Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud semestinya fixed atau tetap jumlahnya.

Berdasarkan penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta’zir dan bukan hudud. Wallahu’alam.

2.Jumlah      sebatan      yang perlu dikenakan

Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan:

Pertama: Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80       kali    sebatan          sama ada   lelaki atau  perempuan.

Kedua: Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta’zir , manakala 40 sebatan      yang awal  adalah         hudud.

Bolehkah      pesalah       tidak disebat?

Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah    Malaysia,     hakim dan    Negara        Malaysia.

Jika    Hudud

Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah SWT.

Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.

Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.

Jika    Ta’zir

Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta’zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut  mazhab      Syafie.

Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hokum         minum        arak  ini.

Sejauhmana sebatan      ini      adil?

Pertama

Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tidak layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya.

Allah tetap adil walau Dialah yang menyesatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebahagian yang lain. Kerana apa adil? Kerana piawan adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta.

Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan     apa   sahaja         yang diinginiNya.

Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia, maka individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.

Kedua

Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kasihan dan bukan dendam kesumat dan �geram’ memukul.

Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu:

*Tidak         boleh dipukul        wajah         dan   kemaluan.
* Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia     adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
* Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dan pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
* Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
* Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.

Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya   tidak dibicarakan  di      mahkamah.

Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.

Ketiga

Sejauh mana pula adilnya orang luar seperti Tun Dr Mahathir dan yang lainnya, mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?.

Bukankah sang hakim lebih berhak menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi perbicaraan dari kedua-dua belah pihak, mendengar pandangan kesemua pembela dan pendakwa.

Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk mengkiritk sewenangnya keputusan hakim, sedangkan mereka tidak mempunyai gambaran    sebenar      di      sebalik        sesebuah          kes.

Mungkin sahaja, si pesalah sendiri redha dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru    itulah keadilannya.

Keempat

Bukankah keputusan hakim patut dihormati sebagai menunjukkan autoriti badan     kehakiman  dari    sebarang     gangguan    luar?

Kita kerap mendengar di mahkamah civil bahawa sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dikritik terbuka sama ada di dalam mahkamah atau diluarnya, kerana akan termasuk di dalam kesalahan �menghina mahkamah’ (contempt of court), lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini dengan senang dan mudah mengkritik keputusan mahkamah Syariah?

KelimaDi dalam Islam, adil atau tidak bukan terletak pada logik aqal manusia semata-mata, namun adil yang sebenarnya adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan baginda Nabi s.a.w.

Kalau dalam konteks kes ini, pesalah juga telah bersedia menjalani hukuman tersebut sebagai satu proses kesedaran dirinya. Adilkah kita mempersoalkan hak         pesalah       untuk          mendapat    hukuman.?

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan kepada beberapa jawapan kepada persoalan yang diutarakan   oleh  Tun   Dr          Mahathir.

* Dr. M: Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?

Ya, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis  yang sohih.

* Dr. M: Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang    syariah?

Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam          keputusan   hakim.

* Dr. M: Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas   hokum        mengikut    pendapat    hakim?

Ini saya tidak pasti, memang sepatutnya tidak boleh hakim menjatuhkan hukuman tanpa undang-undang itu dikanunkan, cuma saya tidak pasti mengapa ia belum dikanunkan. Sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab      untuk          mengkanunkannya.

Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan oleh Tun memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semua hukum Islam sepatutnya dikanunkan.

Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan ‘SYARIAH’ jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam   juga  tidak boleh dilaksanakan.?

Jika demikian, tiada erti nama ‘syariah’ pada sebuah mahkamah Syariah lagi.

* Dr.M: Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; “Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas    kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?

Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir.

* Dr. M: Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?

Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan`diatas.

* Dr. M: Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila       hukuman    ini      dijatuhkan.

Jika seseorang itu berkefahaman sesat ‘anti hadis’, sudah tentu hanya akan mendakwa tiadanya ayat Quran yang specifik sebagai alasan, namun terlalu banyak ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan keperluan untuk taat dan mengikuti    Rasulullah,   bagaimana  cara  taat?

Tidak lain dengan merujuk kepada sumber perincian ayat-ayat Al-Quran yang biasanya bersifat umum, sumber itu adalah hadis-hadis Nabi.

Tidak menerima Hadis bermakna seseorang itu tidak menerima Al-Quran.

Gelaran yang tepat bagi kumpulan yang tidak meyakini hadis, sebenarnya bukan kumpulan ‘anti hadis’ tetapi golongan anti ‘Al-Quran dan Hadis’ sekaligus.

Kalaulah semua hadis itu tidak boleh dipercayai sebagaimana dakwaan kumpulan sesat ‘anti hadis (& Quran) tadi,’ bagaimana mungkin boleh wujud ayat-ayat Al-Quran seperti di bawah yang menyuruh kita mengikut Rasulullah?

Sudah tentu akan berlaku kontradiksi, dan mustahil Allah akan mengarahkan kita kepada sesuatu perkara yang mustahil atau di luar kemampuan untuk diikuti.

Kerana itu jelas bahawa apabila Allah memberitahu bahawa Allah menjaga Al-Quran, maka yang termasuk juga di dalam peliharaan Allah adalah hadis-hadis. Kerana itu sehingga hari ini, kita dapat lihat sistem yang sangat terperinci       dalam         tapisan        sesebuah    hadis.

Dalam konteks sebatan ini, ayat-ayat yang menjadi sumber hukumannya merujuk kepada semua ayat-ayat yang mengarahkan kita untuk patuh kepada Nabi s.a.w dan mencontohinya, itulah satu-satunya jalan selamat dan diredhai Allah swt . Sebagai contoh ,ayat nya adalah dari Surah Al-Imran ayat   ke-31:

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha   Penyayang. (Ali-   Imran         :          31)

dan sebuah ayat lagi: Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik   akibatnya.   (An-Nisa     :          59)

Jadi bagaimana ingin mengikuti dan merujuk kepada Rasul dalam konteks hukuman bagi peminum arak ini?. Jawapannya sekali lagi, iaitu dengan merujuk kepada hadis-hadis baginda Nabi. sebahagiannya telah disebut      di      atas.

Manakala kitab-kitab rujukannya boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya.

Jika mahu melihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham.

Akhirnya diharap Tun Dr Mahathir sudi untuk membaca ulasan dan jawapan saya     terhadap     soalan-soalan        yang dikemukakan.

Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam

Okt 8, 09 5:51pm

Umat Islam yang menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah terbenam matahari tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada matahari terbenam.

Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Paimuzi Yahya berkata persepsi umat Islam dalam menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam itu wajar dihapuskan dan perlu mengikuti ilmu falak syarie sebenar sebagaimana disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mengikut kajian ilmu falak, terdapat dua hari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai sahaja dalam setahun, kedudukan matahari terletak di tengah-tengah Kaabah, yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan kiblat umat Islam ketika bersembahyang.

“Untuk tujuan itulah ILIM diberi tanggungjawab melaksanakan aktiviti menjurus kepada usaha menghapuskan persepsi salah masyarakat tentang ilmu falak itu mengikut hukum Islam sebenarnya,” katanya kepada Bernama selepas menutup Kursus Falak (Qiblat) di Kota Bharu hari ini.

Kursus anjuran Jakim dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), Jabatan Mufti Kelantan (JMK), Jabatan Agama Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEIAK) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) disertai hampir 100 peserta terdiri kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.

Paimuzi berkata kebanyakan masjid dan surau dan premis hotel, dan kediaman peribadi umat Islam di negara ini masih tidak menggunakan kaedah yang betul dalam menentukan arah kiblat.

“Jika persepsi yang ini tidak dihapuskan, umat Islam akan terus berada dalam kesilapan hingga ke generasi akan datang.

“Atas dasar inilah kita mahu peserta kursus menjadi perunding atau petunjuk dalam menentukan arah sebenar kiblat, berpandukan ilmu yang diperoleh daripada kursus ini,” katanya. 

Masjid Cina pertama dibina di Perak
Okt 8, 09 6:36pm

Masjid Baru Muhammadiah, masjid Cina Muslim pertama di Perak dan kedua di negara ini, dijangka mula dibina awal tahun depan apabila jawatankuasa penubuhannya memperolehi dana kewangan yang mencukupi.

Penasihat jawatankuasa pembinaan masjid berkenaan Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah berkata segala perancangan termasuk pelan dan seni reka bentuk masjid berkonsep kebudayaan Cina di Taman Tasek Jaya berkenaan telah siap walaupun ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan.

“Kita juga sedang mendapatkan pengecualian cukai untuk memohon derma dan sumbangan yang lebih banyak daripada mana-mana pihak.

“Selain itu ada juga sekumpulan kecil penduduk setempat yang tidak bersetuju dengan pembinaan masjid berkenaan dengan alasan nanti (apabila masjid siap) jalan sesak,” katanya ketika ditemui pemberita di Ipoh hari ini.

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, yang juga yang dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP), berkenan menyampaikan geran pelancaran bernilai RM2 juta kepada beliau bagi tujuan membina masjid berkenaan.

Beliau berkata dengan geran pelancaran itu dan ditambah hasil sumbangan serta derma pelbagai pihak berjumlah RM1 juta kepada pihaknya, masjid berkenaan akan dapat dibina dengan segera.

Dr Fadzli Cheah berkata MAIAMP dan Raja Dr Nazrin Shah telah meluluskan dan bersetuju terhadap pelan dan senireka bentuk masjid berkenaan.

Beliau berkata sekiranya pembinaan masjid di kawasan itu terus mendapat bantahan kumpulan kecil itu, pihaknya mempunyai alternatif iaitu memindahkan pembinaan masjid itu ke sebuah lagi kawasan yang terletak kira-kira 2 kilometer dari tapak asal.

“Kawasan itu juga merupakan tanah kerajaan negeri dan luasnya lebih satu ekar,” kata beliau.

Katanya apabila siap dibina, masjid baru itu boleh menampung kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

Beliau berkata pada masa sekarang surau yang telah dinaiktaraf menjadi masjid di kawasan perumahan itu hanya mampu menampung 600 jemaah sahaja sedangkan bilangan jemaah telah bertambah terutama untuk solat Jumaat.

Katanya, cadangan pembinaan Masjid Baru Muhammadiah yang berkonsepkan seni bina kebudayaan Cina adalah gabungan antara dua pihak iaitu anggota jawatankuasa masjid Taman Tasek Jaya dan Persatuan Cina Muslim Ipoh.

Beliau berkata peruntukan yang diperlukan dalam pembinaan Masjid Baru Muhammadiah ini dianggarkan RM10 juta termasuk kos untuk pusat komuniti setempat yang dilengkapi kelas, sekolah agama, ruang perniagaan dan pusat maklumat.

Pada 2 Jun lepas, Raja Dr Nazrin mengumumkan geran pelancaran RM2 juta sumbangan MAIAMP bagi membina sebuah masjid baru di kawasan seluas 3,776 meter persegi di Taman Tasek Jaya di Ipoh dengan reka bentuk ciri-ciri seni bina kebudayaan Cina.

Masjid itu akan menjadi pusat ibadat, pusat perkembangan ilmu, pusat maklumat, pusat kemasyarakatan untuk manfaat tujuh kawasan perumahan iaitu Taman Seri Tasek, Taman Tasek Baru, Taman Manikavasagam, Taman Tasek Jaya, Taman Musim Bunga, Taman Tasek Mutiara dan Taman Tasek Berlian.

Dr Fadzli Cheah berkata masjid Cina Muslim pertama negara dibina di Rantau Panjang, Kelantan. 

Rancang persediaan hari tua

Oleh DATO’ SALLEH MAJID

Orng2 TuaKebanyakan kawan yang sebaya dengan saya sudah empat lima tahun bersara daripada pekerjaan mereka. Ada yang telah meneruskan kehidupan dengan membuka perniagaan dan ada juga yang bergantung kepada wang pencen daripada perkhidmatan kerajaan mereka.Tidak kurang juga yang kurang sihat menghidap kencing manis, darah tinggi, gout dan macam-macam lagi.

Bagi mereka yang bekerja dengan syarikat swasta wang KWSP menjadi penyambung hidup. Ada juga yang bergantung semata-mata dengan pendapatan isteri mereka.

Walau apa pun kesimpulannya adalah dua perkara. Pertama seseorang itu memerlukan sejumlah wang yang agak banyak juga untuk meneruskan kehidupan selepas bersara.

Kedua sudah menjadi lumrah dunia apabila mencapai paras umur yang meningkat seperti 50 ke atas, seseorang itu boleh menghidap pelbagai jenis penyakit.

Sekiranya dia seorang bekas pegawai kerajaan, rawatan untuk penyakit dibiayai oleh kerajaan tetapi bagi mereka yang bukan pegawai kerajaan, kos rawatan penyakit mungkin tinggi kalau keluar masuk hospital.

Bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang bertanggungjawab, legalah sedikit kehidupan mereka.

Menurut suatu kajian bagi penduduk Malaysia lelaki purata berumur sehingga 74 tahun tetapi 14 tahun terakhir selalunya mengalami pelbagai jenis penyakit.

Contohnya kencing manis. Penyumbang utama ialah minum berkarbonat seperti Pepsi, Coca-Cola, Root Beer dan sebagainya. Tidak kurang juga sumbangan daripada teh tarik yang hanya teh dengan gula sebenarnya. Tetapi memanglah sedap dan tidak boleh berpisah bagi sesetengah orang.

Kalau dibincangkan, berapakah jumlah wang yang cukup untuk menampung kehidupan kita selepas bersara? Kalau hidup selama 10 tahun selepas bersara, jika ada RM1 juta sekalipun, ia bukan bernilai RM1 juta selama 10 tahun.

Kita harus ingat nilai mata wang akan merosot tahun demi tahun dan mungkin RM1 sekarang akan bernilai hanya 10 sen 10 tahun lagi. Bererti kalau seseorang itu sudah biasa dengan sesuatu taraf kehidupan mungkin kerana jawatan tingginya sebelum bersara, RM1juta kalau dibahagikan 10 tahun tidak lagi bernilai RM100 ribu setahun.

Berapa ramai di antara kita yang mempunyai simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM1 juta apabila kita bersara?

Ertinya kalau simpan di bawah daripada RM1 juta sudah tentu tidak mencukupi. Tambahan pula kalau ada anak-anak yang masih belajar di kolej atau di universiti. Kalau anak belajar di luar negara dan tidak ada biasiswa tentulah bertambah tertekan.

Oleh itu apakah yang harus dilakukan? Bagi seseorang yang ingin bersedia akan masa tuanya, dia perlu membuat persiapan beberapa tahun sebelum bersara. Itulah sebabnya kita semua perlu membuat perancangan diri sendiri.

Kita bertungkus lumus kadang-kadang membuat perancangan untuk syarikat atau organisasi kita tetapi kita jarang sekali merancang untuk diri kita sendiri. Misalnya bila sampai umur 40 hendak jadi apa? 50 ada di mana? Kitalah yang menentukan nasib kita.

Kalau kita tidak membuat perancangan hidup kita, nescaya kehidupan kita ibarat sepotong kayu yang hanyut di lautan, singgah di pantai di mana dipukul ombak.

Tidak ganjil kalau kita bertukar kerja lepas beberapa tahun berkhidmat dengan sesuatu badan atau syarikat demi masa depan kita dan keluarga kita. Kebanyakan anak muda yang baru bekerja tidak terfikir untuk membuat perancangan tentang masa depan mereka kerana masih seronok dengan kehidupan orang bujang.

Seseorang yang merancang masa depannya tahu apa yang hendak dicapainya. Mungkin dia tidak dapat mencapai setinggi yang dikehendakinya tetapi dia akan berusaha ke arah itu.

Ertinya dia mempunyai hala tuju kehidupan. Dia juga melihat apa yang diperlukan dari segi pengalaman dan kemahiran untuk mencapai sesuatu matlamat.

Misalnya ingin menjadi usahawan bila sampai umur 40 tahun. Dia harus membuat keputusan bidang apa dan dari mana dia boleh mendapatkan maklumat tentang idamannya sama ada daripada kajiannya atau daripada berinteraksi dengan mereka yang berpengalaman.

Dia juga harus menilai kelemahan dan kekuatan dirinya. Misalnya nak jadi usahawan tapi tak tahu akaun atau menyimpan buku. Kenalah cari jalan belajar. Kalau bahasa Inggeris tak lancar kenalah belajar bahasa Inggeris. Atau ada baiknya tahu bahasa Cina, eloklah belajar bahasa Cina.

Menilai kelemahan dan kekuatan diri seseorang itu penting untuk melengkapkan persiapan mencapai sesuatu hajat itu.

Begitu juga jenis pengalaman yang diperlukan. Mestilah sanggup melabur masa untuk sesuatu jangka masa yang panjang untuk mendapatkan pengalaman. Misalnya nak jadi kontraktor elektrik yang bertauliah, tentulah perlukan pengalaman beberapa tahun.

Kemudian kita juga kena mengakui halangan-halangan atau batasan-batasan dalaman dan luaran diri kita. Mengenal pasti halangan-halangan penting untuk mencari jalan mengatasi mereka.

Kita mestilah mempunyai kehendak yang kuat untuk berjaya dalam hidup, tidak semestinya hendak kaya saja. Kalau hendak jadi ahli sufi sekalipun kena belajar bertahun-tahun. Kenalah tahu syariat, tarikat, hakikat makrifat, zat, sifat, ismak ef’el dan iman, tawakal, ilmu, akhlak. Kenalah berguru barulah boleh sampai.

Saya syorkan semua keluarga menubuhkan sebuah syarikat supaya segala perbelanjaan boleh diserapkan ke dalam syarikat tersebut. Kenalah kenal pasti sesuatu jenis perniagaan seperti ubat kampung turun menurun yang boleh dikomersilkan.

Kalau isteri pandai menjahit boleh terima tempahan untuk menjahit atau pandai melakukan landskap, juga suatu perniagaan. Di Internet pun macam-macam jenis perniagaan yang ada tetapi hati-hati jangan sampai tertipu bila minta duit dulu dan menceritakan orang ini dan itu boleh dapat pendapatan beratus ribu sebulan, sedangkan barang yang dijual hanya RM40/RM50 saja.

Kita mesti buat siasatan dulu sebelum menceburkan diri supaya jangan sampai wang simpanan kita tergadai.

Hanya dengan ada suatu perniagaan saja masa depan kita boleh terjamin. Tak percaya?.U/M

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Bumi tak mampu tampung dunia maju
Oleh Zin Mahmud

Untung tinggal di negara-negara maju. Menurut penyelidik Denmark dalamBumi laporan Jumaat lalu, lebih separuh daripada bayi dilahirkan di negara-negara maju mungkin hidup sehingga berusia 100 tahun jika arah aliran jangka hayat sekarang berterusan.Mereka dapat menikmati jangka hayat yang panjang dan mutu kehidupan lebih baik dapat difahami. Negara-negara maju itu kini berada di rantau Eropah Barat, Amerika Utara, Jepun dan Australia serta New Zealand.

Dalam banyak-banyak negara itu, ada sebilangan kecil daripadanya dilihat sebagai negara yang paling makmur, permai dan menjadi idaman bagi banyak manusia dari seluruh dunia.

Negara-negara itu ialah Switzerland, Austria, New Zealand dan yang berada dalam rantau Scandinavia. Rantau itu terdiri daripada Sweden, Norway, Denmark, Finland dan Iceland.

Jadi pada keseluruhannya, hanya sebilangan kecil negara di dunia yang menjadi maju, Di kalangan negara-negara maju, hanya sebilangan kecil yang dilihat begitu makmur dan permai.

Sedangkan majoriti negara-negara di dunia adalah miskin, susah, menderita, kacau-bilau, dilanda peperangan dan bencana. Maka majoriti manusia hidup dalam kesusahan, bahaya, jangka hayat pendek dan kekurangan makanan.

Tentulah negara-negara lain juga ingin menjadi maju, makmur dan permai. Tetapi kebanyakan negara selepas lebih 60 tahun mencapai kemerdekaan, tidak menampakkan pula tanda-tanda akan menjadi negara maju maju.

Walaupun China yang kini dianggap sebagai negara paling pesat membangun dan menyambut ulang tahun penubuhan negara komunis Republik Rakyat China pada Rabu lalu, perjalanannya untuk menjadi negara maju masih jauh.

Malaysia juga bercita-cita untuk menjadi negara maju dan rangka perjalanannya ke arah itu telah diungkapkan melalui gagasan Wawasan 2020.

Pada asalnya Malaysia termasuk juga Singapura. Malah kalau hendak dikira cadangan asal, ia juga meliputi Brunei. Andai katalah dahulu, Malaysia yang asal dapat bertahan, mungkin kedudukannya untuk menjadi negara maju lebih terserlah. Buat masa ini Singapura secara bersendirian telah mencapai tahap negara maju.

Tetapi bukan saja Malaysia, negara-negara lain juga mahu menjadi maju. Cuma jalan yang dilalu Malaysia lebih nyata. Dan hakikatnya ialah jalan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 memerlukan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak lapan peratus, sesuatu yang sukar dengan krisis masa kini memandangkan sepanjang 10 tahun lalu, purata kadar pertumbuhan hanyalah lima peratus.

Katakanlah banyak negara di dunia yang mengikut jejak rancangan wawasan Malaysia. Persoalannya, adakah bumi ini mampu menampung semua negara di dunia sebagai negara maju? Sedangkan apa yang dinikmati oleh negara- negara maju sekarang adalah kerana hanya mereka yang menjadi negara maju. Sumber bumi kebanyakannya dicurahkan kepada mereka dan dinafikan daripada dinikmati oleh negara-negara lain.

Jika negara-negara lain turut menjadi maju, maka negara-negara maju sekarang tidak akan dapat mempertahankan tahap kemakmuran mereka. Dalam keadaan begini sebenarnya, persaingan sengit sedang berlaku antara negara.

Jadi apa yang berlaku sekarang ialah terdapat dua sisi pertembungan yang akhirnya akan menentukan ke mana nasib bumi dan manusia.

Pertama, usaha sengit akan terus berlaku oleh banyak penduduk di kalangan negara-negara miskin. Mereka juga mahu maju dan makmur. Tetapi dunia tidak mampu untuk memberikan kemakmuran kepada semua negara. Maka pihak negara maju akan berusaha untuk menekan sebarang usaha yang akan mengurangkan kemakmuran mereka. Konflik tidak dapat dielakkan.

Untuk elak konflik, maka timbul gerakan yang mahu manusia hidup sederhana dengan mengambil kira kemampuan bumi.

Iktibar dari Al Quran
Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

QuranGempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru – baru ini cukup memilukan .Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha’ dan Qadar Allah swt .

Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .

Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

6. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa’ sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .
و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

8. Ayat – ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

9. Ayat – ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila – bila [ wali’yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

10. Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s