Tak boleh baca Yaasin malam Jumaat dan dia pun tak baca apa-apa

Tazkirah ‘Ustaz, boleh baca Yaasin malam Jumaat?’ tanya seorang kepada saya. ‘Kenapa?’ tanya saya kembali. ‘Orang kata bid’ah.’ jawabnya. ‘Jadi malam Jumaat buat apa?’ balas saya. ‘Tak buat apa-apalah ustaz. Tengok tv je’, jawabnya.

Anda pernah bertemu situasi ini atau dialog sepertinya? Dalam dunia moden yang ramai manusia tenggelam dalam hiburan, kelalaian, dunia yang tak beri manfaat kepada Akhirat,

sekularisme yang mencengkam, hedonisme yang meratai, tiba-tiba ada orang yang memfokuskan kepada perkara furu’ yang menjadi khilaf, yang telah diselesaikan lama oleh para ulama terdahulu. Saya pun sebenarnya tidaklah berminat sangat untuk terus membahas isu-isu khilafiah ini yang SEPATUTnya telah di ‘aman sentosa’ kan tetapi kerana ia ditimbulkan balik, maka perlu dijelaskan.Hadis tentang Yaasin sebagai qalbulQuran dijadikan antara asas meminggirkan manusia dari bacaan al-Quran khususnya Yaasin pada malam Jumaat. Saya tertarik dengan apa yang dikupas oleh Prof Madya Dr Zawawi Ahmad tentang asal-usul baca Yaasin pada malam Jumaat dan pendekatan berhikmah yang dibuat oleh ulama terdahulu dalam menangani isu khurafat atau warisan Hindu dalam budaya Melayu. Huraian tentang tafsir surah Yaasin itu juga menarik keseluruhannya. (Download di sini. Cuma mungkin ada sedikit perbahasan tentang baca Yaasin kepada orang hampir mati atau selepas mati)

Saya sendiri mengadakan kuliah tafsir dan fiqh selepas solat Maghrib malam Jumaat. Acapkali saya beritahu kepada ahli jemaah, bukan di situ sahaja tetapi juga dalam sempena-sempena yang lain apabila diadakan bacaan surah Yaasin, bahawa membaca Yaasin khusus malam Jumaat tidak dibuat oleh Nabi. Saya tidak menyebut secara ‘totok’ apa yang tuan-tuan buat ini bid’ah. ‘Bid’ah’ dalam kepala masyarakat Melayu agak sensitif.

Saya katakan baca Yaasin bagus kerana ia al-Quran. Baca al-Quran adalah sunnah yang baik. Yang thabit dalam hadis ialah sunat membaca surah al-Kahfi malam Jumaat atau siangnya. Tuan-tuan sebaik-baiknya membaca surah al-Kahfi-samada tuan-tuan baca Yaasin malam Jumaat atau tidak. Ahli jemaah boleh menerima perkara itu dengan baik. (Tafsir surah Yaasin yang saya kupas 2006)

Saya tahu ada yang menerangkan perkara ini dengan baik dan berhikmah sehingga boleh diterima, tetapi ada juga yang menggunakan pendekatan yang tidak mendekatkan tetapi menjauhkan.

Saya tahu ada juga orang yang kuat membaca surah Yasin bahkan ada skuad baca Yaasin terutama musim pilihanraya tetapi perjuangan yang dibawa dan disokong jauh dari roh dan semangat serta pengajaran yang boleh dikutip dari surah Yasin itu sendiri.

Satu kes lagi yang pernah berlaku ialah apabila AJK sebuah masjid mengadu kepada saya. ‘Ustaz, ahli jemaah berpecah dua.’ adu AJK masjid itu. ‘Kenapa?’ tanya saya.  ‘Ada ustaz tu mengajar, bersalam lepas Asar bid’ah. Jadi lepas solat Asar ahli jemaah pecah dua, ada yang bersalam, ada yang tak bersalam. Yang bersalam pandang semacam je pada yang tak bersalam. Dulu ada silaturrahim, sekarang dah ada masalah.’ keluhnya.

Saya termenung sekejap. Saya menjawab dan ada jawapannya, cuma saya mahu saudara juga termenung sekejap….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s